--> I think, therefore I blog!

Thursday, August 24, 2006

selamat pagi semua. aku nak tanya sikit lah. salah ker seorang perempuan itu pada setiap pagi keluar pergi kerja dengan kelihatan rambut yang basah?

seringkali aku perhatikan, orang-orang akan melihat aku seperti ada yang tak kena. ada juga yang tersenyum sinis terhadap aku sambil menoleh-noleh ke rambut ku yang basah setiap pagi. ada juga melihatnya dengan mata yang melirik-lirik dari hujung rambut hingga ker hujung kaki aku.

kenapa ya? aneh ker yang rambut aku basah? ataupon, rambut basah seringkali dikaitkan dengan mandi junub, dan ia kelihatan yang aku perlu mandi junub setiap pagi, salah ker??

maksud aku, salah ker setiap pagi rambut aku kelihatan basah? aku tak rasa yang setiap pagi aku mandi dan syampu rambut itu aneh ataupon salah. sebab, aku rasa, kalau setiap kali aku mandi tanpa membasahkan rambut, lebih baik aku tak yah mandi. buang masa sahaja. dan kalau aku dah basah rambut, aku mesti syampu kerana, kalau aku tak syampu bila rambut aku dah basah, alamatnya, gatal lah satu kepala aku tu.

aku tahu, ramai yang syampu rambut 2 hari sekali dan juga dilakukan pada sebelah petang ataupun sebelum tidur. aku pula, syampu rambut aku hari hari setiap pagi. dan aku tak suka tidur dengan rambut yang basah. rimas.

aku pernah menonton sebuah drama tempatan. salah satu adegan yang aku masih ingat sampai sekarang ialah masa di meja makan waktu sarapan. si pembantu nie tengah menyajikan sarapan untuk majikannya. si majikan menegur pembantunya tadi dengan mengatakan, "rambut basah nampak? ada apa apa ker semalam?"

melekat terus dialog itu kat kepala aku.

SALAH KER RAMBUT BASAH PADA SETIAP PAGI?? DAN PERLU KER ADA APA-APA MALAM SEBELUMNYA YANG MEMBUATKAN KITA KENA BASAH RAMBUT??

sweethuneyz mumbled@09:09 and has 1 comments

____________________

1 Comments:

tak salah dik oi...basahkanlah rambut tu hari2..apa pedulik kata orang. rambut kita gatal ada dia nak garukan?

orang yg otaknya bru karer!

By Blogger Nazrah Leopolis, at 4/9/06 10:59  

Post a Comment



tagboard


links

* Aridewa!! Ariff!! Caripasal!! CK!! Dayah!! Dharma!! Eda!! Ely!! Eminoz!! Friskybun!! Freon!! Greeny!! Hana!! Hisah!! Idah!! Illyani!! Ishmann!! Jetaime!! Kak Teh!! Lady HackWrench!! Lina!! LinaNurul!! Liza!! Maznie!! Nazrah!! Nur!! Rina!! Sentraal Station Shakirah!! Sofia!! Srina!! Syida!! Tasha!! Trina!! Zuzan!! *

archive

* July 2003 * August 2003 * September 2003 * October 2003 * November 2003 * December 2003 * January 2004 * February 2004 * March 2004 * April 2004 * May 2004 * June 2004 * July 2004 * August 2004 * September 2004 * October 2004 * November 2004 * December 2004 * January 2005 * February 2005 * March 2005 * April 2005 * May 2005 * June 2005 * July 2005 * August 2005 * September 2005 * October 2005 * November 2005 * December 2005 * January 2006 * February 2006 * March 2006 * April 2006 * May 2006 * June 2006 * July 2006 * August 2006 * September 2006 * October 2006 * January 2007 * February 2007 * March 2007 * July 2007 * October 2007 * April 2008 * June 2008 * July 2008 * August 2008 * September 2008 * November 2008 * December 2008 * January 2009 * February 2009 * April 2009 * July 2009 * June 2010 * February 2011 * March 2011 * May 2011 *