--> I think, therefore I blog!

Thursday, May 11, 2006

antara seret dengan kain belah dan kain labuh...

dah nak 8 bulan aku kat sini, dan macam macam yg aku perhatikan. aku bukannye apa, tapi banyak lah perkara-perkara yang boleh dibincangkan bersama. meh, kita kupas satu-satu...

kat bangunan ofis aku nie jer, ramai aku tengok gadis gadis bertudung. manis sekali apabila dipandang. lagi lagi kalau mereka-mereka ni berbaju kurung ataupon berkebaya. TAPI, yang aku musykilkan, mereka dah pakai tudung dengan gerenti dengan niat nak tutup aurat (walhahu'alam). kain kebaya mereka, aduh, belah dia, wooohhooo... kalah skirt denim pendek aku yg zuraidah tak boleh angkat. nampak semua peha dia. kalau belah dia belah berlapik kat dalam, mungkin ok jugak lah. boleh diterima, sebab kain belah yang macam tu, kalau jalan terkangkang baru lah boleh nampak kaki, kalau jalan normal2, tak nampak pon belah nye. nie kes belah yang macam mamasan pakai cheongsam yang selalu kita nampak kat drama2 cina tu. bak kata mat rockers, POWER GILER BEB!!!!! kalau gitu, cam buang masa kan pakai tudung. tapi, mungkin juga mereka pakai tudung as a fashion statement. aku pon tak tahu.

oh, lagi satu yang mendapat perhatian aku kat bangunan ofis aku nie, gadis gadis yang berbaju kurung. lawa baju-baju mereka. tapi, yang aku tak paham, kenapa kain mereka suka nak meleret-leret bagaikan nak tolong sapu dan lap lantai. memanglah ikut hukum, kaki kita pon aurat jugak, tapi, kan ada satu benda tu, yang dipanggil stokin. and korang fikir, kalau kain dah terseret-seret kat lantai, gerenti ada yang terkena najis tanpa kita sedari. lagi yang tak masuk akal, dengan kain tu jugak lah mereka gi buat sholat. elok ker tu? nak tutup aurat, tapi kain kita sendiri terkena najis... isk isk isk.... aku pernah tegur gadis-gadis manis lagi ayu yang berbaju kurung nie. tapi, apa yang aku dapat, mereka tengok aku macam lah aku tak layak nak tegur mereka, maklumlah, aku pakai baju macam mana. terbukak sana terbukak sini, pastu ada hati nak tegur mereka-mereka yang tutup aurat. hhmm.... kalau aku tegur bukan pasal agama, ia lebih kepada pasal kebersihan masing-masing. aku rasa dan aku dapati, masih susah lagi orang-orang melayu kita nak terima teguran dengan hati yang terbuka. susah lah macam gini. camner nak maju.

oohh, yang paling last, yang selalu aku perhatikan ataupon, aku terpaksa dengar ialah, kat sini, ramai yang suka seret apabila berjalan.keletak keletuk keletak keletuk pon masih elok didengar. tapi, kalau srekkk sreekkk srekkk, boleh pecah otak aku tau. nie kes yang paling aku pantang. org jalan seret kasut. baik lelaki baik perempuan. yang perempuan, suka nah seret kasut tinggi mereka, macam lah mereka pakai kasut pump shoes. rosak beb kasut-kasut yang lawa cam tu. tak sanggup aku nak rosakkan kasut-kasut aku. heart pain tau. mereka macam malas nak angkat sikit kaki mereka masa berjalan. takkan berat sangat kaki tu, adik, abang?? kaki aku yang gemuk dan berat nie pon aku masih terlarat nak angkat and kalau boleh tak nak kasi orang lain dengar yang aku nie berjalan. mungkin masa aku skolah dulu kursus yang pernah aku pergi, helps a lot. sampai sekarang, kalau nak jalan, aku jalan betul-betul. tak boleh malas. posture kena jaga beb....

aku tahu lah, aku pon bukannye perfect sangat. tapi kalau ada orang tegur, aku terima. aku nak tukar ker, tak nak ker tu blakang cerita ah. yang penting, aku jarang menidakkan apa yang orang lain tegur. hhmmmppphhh..

ohh, kalau korang dah terbaca sampai sini kan, terima kasih kerana sanggup baca story aku yang panjang lebar nie, tapi aku nak add satu lagi benda yang aku tak leh carry. minah-minah yang jadi pillion kat motor partner dorang time pakai baju kurung and kain terselak sampai setengah peha ajer yang tutup. aku pon dulu pernah jadi minah motor, pernah naik motor pakai baju kebaya, baju kurung dan yang sewaktu dgnnye. kain labuh dah pernah, kain ketat pon dah pernah, tapi, seingat aku, kain aku limit-limit ternaik sampai kat setengah dari betis aku yang besar macam ayam goreng kat kentaky tu. tak pernah kain aku ternaik sampai lutut. mungkin, mereka nie nak tunjukkan peha-peha dorang kat orang lain. aku pon tak tahu. korang pikir, kalau time tengahari, panas terik, time nak gi jemputan hari minggu, naik motor pakai baju kurung, pastu kain terselak all the way sampai peha... wooohhhoo... boleh terbakar beb. tapikan.. mungkin mereka nak jimat masa dari pergi ker pantai untuk dapatkan tan yang lawa. hhmm.. mungkin ya... dan last ah... aku suruh korang pikir.... naik motor, pakai baju kurung time malam-malam, kain terselak sampai kat peha, dan kelajuan motor tu kira-kira 100km/h. kira laju tu. tak ker sejuk tu. takkan nak maintain kool jer kan. boleh menggigil beb....

korang pikirkan lah apa yang aku dah merepek nie. selamat berhujung minggu semua!!!

sweethuneyz mumbled@14:54 and has 0 comments

____________________

0 Comments:

Post a Comment



tagboard


links

* Aridewa!! Ariff!! Caripasal!! CK!! Dayah!! Dharma!! Eda!! Ely!! Eminoz!! Friskybun!! Freon!! Greeny!! Hana!! Hisah!! Idah!! Illyani!! Ishmann!! Jetaime!! Kak Teh!! Lady HackWrench!! Lina!! LinaNurul!! Liza!! Maznie!! Nazrah!! Nur!! Rina!! Sentraal Station Shakirah!! Sofia!! Srina!! Syida!! Tasha!! Trina!! Zuzan!! *

archive

* July 2003 * August 2003 * September 2003 * October 2003 * November 2003 * December 2003 * January 2004 * February 2004 * March 2004 * April 2004 * May 2004 * June 2004 * July 2004 * August 2004 * September 2004 * October 2004 * November 2004 * December 2004 * January 2005 * February 2005 * March 2005 * April 2005 * May 2005 * June 2005 * July 2005 * August 2005 * September 2005 * October 2005 * November 2005 * December 2005 * January 2006 * February 2006 * March 2006 * April 2006 * May 2006 * June 2006 * July 2006 * August 2006 * September 2006 * October 2006 * January 2007 * February 2007 * March 2007 * July 2007 * October 2007 * April 2008 * June 2008 * July 2008 * August 2008 * September 2008 * November 2008 * December 2008 * January 2009 * February 2009 * April 2009 * July 2009 * June 2010 * February 2011 * March 2011 * May 2011 *