hanyut dalam buaian mimpi dan khayalan
aku sering bermimpi
hanyut di dalam khayalan ku sendiri.
aku selalu berkhayal
hingga terbawa dalam tidurku.
tapi persoalannya,
apakah yang aku mimpi?
bagaimanakah aku bermimpi?
apakah yang membuatku berkhayal?
apakah yang akan aku dapat
dari khayalan-khayalan itu?
aku pernah bermimpi
bahawa aku akan berjaya
tatkala aku dewasa.
tapi aku fikir
kejayaan itu tidak perlu
hanya datang ketika aku dewasa.
aku sering berkhayal
dan dalam khayalan itu,
aku kaya dengan harta benda.
tapi, dalam kenyataan
aku tahu yang aku ini
sememangnya kaya.
bukan dengan harta kekayaan,
tapi kaya dengan kasih sayang
dari keluarga dan teman-teman.
jika begitu fikiranku,
kenapa aku masih lagi terus
bermimpi dan berkhayal?
bila tidur, aku bermimpi.
bila jaga, aku berkhayal.
~
*****************